Wednesday, August 5, 2009

sudah 11orang mati akibat H1N1

Dua lagi korban wabak selesema babi A (H1N1) di Melaka, menjadikan jumlah seluruhnya 11 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan meninggal dunia akibat virus tersebut.

Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang di Hospital Melaka, semalam.

Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.

Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.

Sunday, June 7, 2009

Monday, May 18, 2009

Monday, April 20, 2009

PAS Wilayah tolak Hadi?

Tindakan enam PAS kawasan di Wilayah Persekutuan (WP) tidak membuat sebarang pencalonan dalam mesyuarat agung masing-masing bagi tiga jawatan utama - presiden, timbalan presiden dan naib presiden bagi menghadapi pemilihan parti itu Jun depan - telah menimbul tandatanya.

Terdapat 12 PAS kawasan dalam WP dan sehingga ini tujuh kawasan telah mengadakan mesyuarat agung masing-masing.

pakatan ipoh rally 080209 hadi awangManakala PAS kawasan Bukit Bintang tidak membuat pencalonan bagi jawatan presiden, tetapi mencadangkan calon untuk jawatan timbalan dan naib presiden.

Kawasan itu mencalonkan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden. Ia turut mencalonkan Datuk Husam Musa mengekal jawatan naib presiden bersama dua muka baru, Mohamed Hanipa
Maiden dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah - kedua-dua ahli jawatankuasa PAS pusat.

Dan kawasan tersebut juga dijangka membuat kejutan kerana difahamkan ia bakal mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat bertanding jawatan presiden.

Ini menguatkan lagi tanggapan bahawa wujudkan penolakan terhadap kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, termasuk di WP, berhubung beberapa tindak tanduk beliau, termasuk cadangan mengadakan kerajaan campuran dengan Umno, yang rata-rata ditolak oleh akar umbi.

Serah pada AJK

Setiausaha Perhubungan Negeri PAS WP, Hedzer Ibrahim memberitahu Malaysiakini, tujuh kawasan yang telah bermesyuarat ialah Bukit Bintang, Cheras, Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Titiwangsa tetapi kesemuanya 'keberatan' menamakan calon untuk tiga kerusi jawatan utama tersebut.

Sebaliknya, kesemua kawasan terbabit menyerahkan kepada jawatankuasa masing-masing untuk memutuskan calon-calon terbaik untuk jawatan-jawatan berkenaan.

Perkembangan ini cukup menarik kerana persidangan tahun ini diramal menyaksikan pertembungan lebih sengit dua aliran utama parti itu - pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") - yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu.

PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama - Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama - bermula awal bulan dan akan berakhir hujung bulan depan.

Tinjauan Malaysiakini di kalangan beberapa pemimpin di Pahang, Selangor, Kelantan dan Kedah mendapati kumpulan pro-muzakarah akan mengharungi jalan sukar sekiranya berlaku pertandingan bagi jawatan tertinggi parti.

Jadi 'pencetus'

Hedzer berkata, baki lima lagi PAS kawasan di WP - termasuk Putrajaya dan Labuan - dijadual selesai bermesyuarat pada 24 April ini dan kesemua dijangka meneruskan kecenderungan untuk tidak membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan yang sama.

Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, sseorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi "pencetus" kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih "berdiam diri".

Menurutnya, isu "kerajaan campuran Abdul Hadi" merupakan salah satu sebab menteri besar Kelantan itu, diramal meraih populariti untuk dicalonkan bagi jawatan presiden.

nik azizMenurutnya lagi, hasrat untuk mencalonkan mursyidul am PAS itu juga pertimbangan berdasarkan prestasi tokoh berkenaan.

"Oleh sebab itu, kita tidak mencalonkan (timbalan presiden) Nasharuddin Md Isa (untuk mengekalkan jawatan) kerana dilihat kurang turun berceramah.

"Kami mahu kempimpinan yang tegas. Nik Aziz walaupun lembut, beliau tegas dan tetap pendirian. Mohamad Sabu pula tegas-kasar. Ini adalah gandingan yang mantap," kata pemimpin berkenaan.

Wednesday, April 8, 2009

Menteri angkat sumpah Jumaat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan senarai barisan kabinet barunya petang esok.

najib on subprime crisis 300908Beliau dijadual membuat pengumuman tersebut pada jam 3 petang di Jabatan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 11 pagi untuk mendapat perkenan baginda terhadap senarai kabinetnya.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, para menteri dan timbalan menteri akan mengangkat sumpah taat setia dan menyimpan rahsia di Istana Negara, Jumaat ini.

Majlis tersebut akan diadakan pada jam 9.30 pagi dan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Najib dijangka selesai menemui kesemua ketua-ketua parti komponan BN hari ini untuk memuktamadkan senarai anggota kabinet.