Saturday, February 14, 2015

Monday, October 29, 2012

Nik Aziz: Saya sebut tutup aurat untuk Islam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan kenyataan lamanya yang ditafsirkan pemimpin kanan MCA sebagai membenarkan merogol orang bukan Islam. NONE"Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat 'padanlah' kalau kena rogol pun. "Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam," beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily hari ini. Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat. Kenyataan itu kemudiannya disokong oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Sementara itu, menteri besar Kelantan juga dilapor berkata, dakwaan yang dilempar MCA terhadapnya sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong terhadap Islam. Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam. "Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam. "Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat," ujarnya lagi. http://www.malaysiakini.com/news/212919

Friday, March 16, 2012

paradise fine gold

saya sebagai dealer paradise fine gold ingin menjagak tuan/puan utk melabur dalam emas.

semua orang tahu kenaikan emas dalam setahun melebihi 30% kalau nak dibandingkan dengan melabur kat tempat lain emas lebih terjamin dan menjaminkan keuntungan yang tinggi.

untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya

Saturday, April 3, 2010

Thursday, November 5, 2009

Wang ehsan: Kelantan cadang perjanjian carigali dibatal!

KOTA BHARU, 5 Nov: Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.
Selain itu, kerajaan ne
geri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA).

Ini kerana CAA dan JDA adalah entiti yang melibatkan antarabangsa dan operator mereka juga ialah syarikat yang berdaftar di luar negara,� ujarnya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.
Di persidangan parlimen hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu wang ehsan akan diberi kepada rakyat Kelantan dan bukan royalti sebagaimana dituntut kerajaan negeri.

Husam berkata, kemungkinan juga kerajaan negeri akan mendapat perintah injuksi pengeluaran sementara kepada operator pengeluaran sama ada di CAA dan JDA di mahkamah di luar Malaysia.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan panel guaman yang bakal dilantik nanti.
Bagaimanapun kata beliau usaha perbincangan dengan kerajaan pusat tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hak royalti.

Katanya juga pembayaran royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak dibuat walaupun pelantar cari gali berada di luar tiga batu nautika.

Persoalannya sekarang, kenapa Sabah, Sarawak dan Terengganu dibayar royalti sedangkan kedudukannya lebih daripada tiga batu nautika berbanding Kelantan hanya tiga batu nautika,� ujarnya.

Pada masa yang sama Husam turut melahirkan bimbangan jika kerajaan pusat tidak menyalurkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri sebaliknya melalui agensinya.
Beliau yakin pembangunan tidak akan dapat dinikmati dengan baik rakyat di negeri ini seperti yang berlaku di Terengganu, biar pun negeri itu sudah 20 tahun mendapat royalti minyak.
Ini kerana negeri itu masih tersenarai antara negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin ramai di negara ini,ujarnya.

Tuntutan royalti sebanyak RM1 bilion yang dibuat kerajaan Kelantan sebelum ini berdasar laporan Jabatan Statistik yang mendedahkan negeri ini tersenarai sebagai negeri pengeluar minyak.

Saturday, October 24, 2009

Nik Aziz: Biar PAS berpecah

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya
PAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu semalam.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya kelmarin kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam muktamar agung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, menteri besar Kelantan menegaskan:

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Dr Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu. sumber

Monday, September 28, 2009

Suri rumah terkejut temui kalimah Allah pada daging

Seorang suri rumah terkejut terlihat kalimah Allah pada daging yang dibeli oleh anaknya di Alor Setar, Kedah, semalam.

Rashadah Abdul Rani, 57, berkata kalimah Allah itu dapat dilihat dengan jelas selepas daging itu dipotong dalam bentuk kepingan sebesar tapak tangan kanak-kanak dan direndam dalam air.

"Saya menyuruh anak saya membeli sekilo daging di Pasar Alor Gunung untuk dijadikan juadah saya dan suami bersahur kerana kami berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal.

"Selepas memotong dan merendamnya dalam air, anak perempuan saya yang menolong di dapur terlihat kalimah Allah pada enam keping daging tersebut," katanya kepada pemberita yang menemui beliau di rumahnya di sini hari ini.

Rashadah berkata beliau akan mengeringkan daging itu untuk disimpan dan dijadikan bahan untuk tujuan perubatan.

Sementara itu, cucu saudaranya yang merupakan pengamal perubatan alternatif, Suhaila Saad, 32, berkata beliau telah merujuk perkara itu kepada seorang lagi pengamal perubatan alternatif yang dipanggil Syeikh.

"Syeikh mengatakan ia adalah tanda kebesaran Allah dan hendak tunjukkan kepada umat Islam bahawa di mana sahaja kita berada kita perlu berpandukan kepada paksinya