Tuesday, February 17, 2009

Mufti sekadar dicerca, sedangkan ulama PAS dihumban ISA

KOTA BHARU, 18 Feb (Hrkh) - Kalau sebelum ini Dato' Seri Harussani Zakaria dihormati kerana ketegasan mempertahankan agama Islam, namun campurtangannya dalam krisis politik di Perak menyebabkan wibawanya mulai dipertikaikan.

Baru-baru ini Mufti Perak menyarankan masyarakat menghormati keputusan yang dibuat Sultan Perak berhubung krisis politik yang berlaku sekarang.
Ekoran itu timbul kencaman dalam blog kerana mufti disifatkan seperti menjadi alat kepada pihak tertentu.

Begitu juga di Kelantan pelbagai pihak mulai mempertikai tindak tanduk mufti terbabit yang disifatkan mereka seperti diperalatkan oleh pemimpin politik.
"Sepatutnya dalam keadaan krisis yang berlaku mufti menasihatkan supaya kembali kepada Islam bagi merungkai segala permasalahan bukannya cuba berpihak kepada orang tertentu.
"Namun apa yang berlaku mufti tidak duduk di tengah-tengah sebaliknya condong kepada penguasa yang boleh menjamin kedudukannya yang lebih selesa sebagai mufti," kata seorang pemimpin NGO di sini.

Menurutnya dalam isu yang berlaku di Perak baru-baru ini terdapat kesamaran dalam mentafsir undang-undang mengenai cara Menteri Besar hendak ditamatkan perkhidmatannya.
Dan katanya apabila berlaku kesamaran seperti itu mufti tidak sepatutnya membiarkan dirinya diperalatkan sehingga menyiarkan gambar dalam televisyen ditemui Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang baru diperkenan Sultan.

"Sedangkan kita sebagai orang berilmu perlu melihat lebih jauh, sahkah sebuah kerajaan dengan menculik wakil rakyat Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru Barisan Nasional dibentuk.
"Inilah moral sebenar yang sepatutnya diberi perhatian. Kalau seorang ulama yang disegani mengenepikan soal itu amat malang sekali bagi rakyat Perak," ujarnya.
Hari ini media melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Hishamuddin Hussein meluahkan rasa kecewa apabila Mufti Perak menjadi bahan cercaan dan makian penyokong pembangkang di laman-laman web.

Mengulas isu tersebut seorang pemimpin masyarakat di sini berkata, apa yang berlaku terhadap Mufti Perak dipertikai orang ramai jauh lebih ringan berbanding apa dialami pemimpin PAS sehingga ramai ditahan di bawah ISA.

Katanya, ramai pemimpin PAS bukan sekadar dicerca kerana menegakkan ketuanan Islam sebaliknya dihumban kerajaan BN ke dalam ISA bertahun-tahun.
Antaranya Pak Nik Lah, Tok Guru Haji Yakub Berangan, Haji Omar Kubang Bemban, Haji Harun Repek, Haji Omar Tanah Merah dan ramai lagi.

"Tekanan yang dialami pemimpin PAS jauh lebih hebat berbanding dengan apa yang berlaku terhadap Mufti Perak sekarang.
"Cuma apa yang membezakan mufti dipertikaikan rakyat dan ulama PAS menjadi mangsa kerakusan kerajaan BN," katanya yang enggan mendedahkan identitinya.
Malah katanya, seorang wakil rakyat PAS yang kental memperjuangkan Islam, Samad Gul mati dibunuh.

Dan ketika gelombang penahanan ulama di bawah ISA, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat muncul dengan menyertai pilihan raya pada 1967.
Difahamkan juga orang ramai tidak senang dengan kelibat tokoh agama itu sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak. - mj _

Friday, February 13, 2009

7 April p'raya di Bkt Gantang, Bkt Selambau

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.
Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.
Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung. Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.

Ini juga merupakan pilihanraya kecil pertama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak seandainya peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan berjalan seperti yang dijangkakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa kepada Najib sejurus selepas selesai perhimpunan agung Umno bulan depan.

Mengenai kerusi Bukit Selambau, Abdul Aziz berkata, beliau berpuashati dengan dokumen yang diberikan, yang menurutnya, sah dan asli dari Arumugam.
"Setelah kita berbincang, kita dapati tidak ada unsur-usnur keraguan," tambahnya.
Mengenai keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil serentak bagi kedua-dua kerusi berkenaan, Abdul Aziz berkata:

"Kita tidak mahu tempoh berkempen terlalu panjang. Apabila ini berlaku, macam macam isu akan keluar, mungkin timbul keresahan, mungkin akan mengancam keselamatan awam dan negara. Kita tidak mahu orang yang berkempen letih".Beliau juga berkata tarikh pilihanraya kecil tidak ada kena mengenai dengan perhimpunan Umno bulan depan.

"Keputusan ini dibuat supaya semua selesa," tambahnya.Menurutnya, tempat penaman calon bagi parlimen Bukit Gantang akan diadakan di dewan Majlis Perbandaran Taiping.
Manakala tempat penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau pula di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Wednesday, February 11, 2009

Kajian: 97 peratus rakyat Perak mahu DUN dibubarkan

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka 'meraikan' demokrasi.

Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.

"Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi.

"Dun Perak sekarang ini dianggap sebagai telah 'mati'. Kedua-dua pihak mempunyai ruang dan juga tanggungjawab untuk mempertahankan apa keadaan sekalipun. Sebagaimana dilihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan, maka sekaligus SPR menggunakan ruang pilihan raya ini untuk mengadakan pilihan raya di seluruh negeri Perak dengan andaian kedudukan Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Sementara itu beliau berkeyakinan kehadiran media baru yang dikenali sebagai 'kewartawanan sukarelawan' akan terus menjadi medium yang paling berpengaruh dan paling berpengaruh sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.
Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.

"Internet adalah media yang tidak berpihak berbanding akhbar. Jika Harakah ia akan melihat daripada sisi PAS, jika Suara KeADILan daripada sisi KeADILan, Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melihat daripada sisi Barisan Nasional. Maka bagi rakyat tidak ada medium lain yang mempunyai pelbagai sisi dan tidak berpihak ialah media baru iaitu internet.

" Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah," tegasnya.

Sehubungan itu beliau tidak meragui bahawa media baru ini akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu. - azm/mks. _

Friday, January 9, 2009

Adakah pemimpin Umno berani buat mcm Tok Guru Nik Aziz

tok guru bakar dan pijak bendera us&israel...

KOTA BHARU, 9 Jan (Hrkh) - Ribuan umat Islam di sini mengadakan demonstrasi secara aman membantah kekejaman rejim haram Yahudi terhadap penduduk Islam di Palestin.

Demonstrasi itu diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut sama disertai timbalannya, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud; Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Menteri Besar turut membakar replika patung George W Bush dan Presiden Israel, Shimon Peres serta bendera Amerika Syarikat dan Israel.

Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan orang ramai memijak gambar kedua-dua pemimpin yang diletak di atas jalan.

Demonstrasi itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri diadakan sebaik sahaja selesai kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu.Image

Ribuan penduduk tempatan yang mengikuti kuliah sejak jam 8.30 pagi turut sama berdemonstrasi dengan melaungkan 'Allahuakbar, Hidup-Hidup Islam, Jahanam Israel dan Hancur Amerika.'

Demonstrasi itu merupakan kali kedua diadakan di Kelantan, minggu lepas pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Akademi Islam Universiti Malaya berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri.

Sebaik sahaja tamat kuliah pagi Jumaat, teriak Hidup Islam, jahanam Israel dan hancur Amerika mulai kedengaran. Orang ramai kecil, besar, tua dan muda bersemangat meneriakkan perkataan tersebut.

Kebencian orang ramai begitu membuak terhadap kekejaman Yahudi yang merantah tubuh-tubuh tidak berdosa di Palestin melalui serangan tidak berperikemannusiaan, dilancarkan tentera Israel sejak akhir Disember lalu.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat mempelawa rakyat negeri ini mendaftar diri untuk pergi ke Palestin bagi membantu rakyat negara tersebut.

Image Katanya, beliau dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad sudah mendaftar menyertai misi bantuan ke Palestin.

Mohd Zaki yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada perlu menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Yahudi.

"Kita tidak boleh mengharapkan orang lain bagi membantu umat Islam di Palestin. Kita juga tidak boleh harapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Persidangan Negara Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

"Oleh itu umat Islam wajib membantu dengan sekadar yang mampu melalui sumbangan yang dihulurkan kepada tabung yang dilancarkan pada majlis ini," katanya.

Beliau juga mengajak orang ramai mulai sekarang memboikot produk keluaran Amerika Syarikat dan negara-negara yang bersekongkol dengan Yahudi Israel.

Pada himpunan itu dibaca qunut nazilah yang diketuai Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Mohd Baharuddin Mohd Noor.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, salah satu cara bagi mengajar Israel dan Amerika Syarikat jangan membeli produk keluaran negara terbabit.Image

"Kita usah lagi membeli pisang kaki yang ditanam orang Yahudi di bumi Palestin yang dirampas mereka. Produk itu ada dijual di Singapura dan negara ini. Kita juga jangan lagi menggunakan Dollar Amerika dan beralih kepada matawang Euro atau Yen, Jepun.

"Coca Cola jangan lagi kita minum, umat Islam di Selatan Thailand sudah lama memulau minuman keluaran Amerika itu," katanya.

Sementara itu, ribuan umat Islam mengerjakan solat hajat di Masjid Muhammadi selepas menunaikan solat Jumaat memohon keselamatan kepada umat Islam di Palestin.

Selepas itu mereka memijak gambar Bush dan Shimon beramai-ramai, yang diletak di pintu masjid masjid. - mj/mks. _

Thursday, January 8, 2009

UCAPAN SIDANG DUN KEDAH Menangkis semua persoalan BN" oleh YB Ir Amiruddin Hamzah

video penjelasan yb ir amiruddin hamzah tentang persoalan yg di bangkitkan oleh yg BN pembakang.

Tuesday, January 6, 2009

emil dari sahabat bloger.

inilah emil yg saya terima,semoga ia menjadi ingatan dan pengajaran kepada kita semua.

Apa yang diberitahu ialah :
Jika anda seorang muslim, anda jangan memanggil "mosque" tetapi masjid ini kerana organisasi islam menemukan bahawa "mosque" merupakan nyamuk. Janggan kamu tulis "mecca" tetapi tulislah "mekah" kerana "mecca" membawa maksud rumah anggur/bir. Jangan ditulis "mohd" tetapi tulislah dengan lengkap iaitu "muhammad" kerana "mohd" adalah anjing bermulut besar. Jangan ditulis "4JJI" tetapi tulislah "ALLAH SWT" kerana "4JJI" adalah "For Judas Jesus Isa Al-masih". Jangan kamu tulis "askum/akum" tetapi ditulislah dengan lengkap iaitu Assalamualaikum / salam kerana askum adalah celakalah kamu.

Itulah yang dikirim oleh sahabat ini, dan diakhir SMS beliau mengatakan sebarkanlah kepada umat islam / muslim lain semampu anda. Saya rasa ia memang berguna bagi kita sebagai seorang muslim. Jika ada salah silap harap anda dapat tegur. Assalamualaikum.

Tuesday, December 16, 2008

HUJAH TV9 BERSAMA : YB FUAD & YB SALAHUDIN

hujan TV 9 bersama tb fuad dan salahudin mengupas isu semasa dan rang undang-undang rasuah..teruskan menonton.