Dua lagi korban wabak selesema babi A (H1N1) di Melaka, menjadikan jumlah seluruhnya 11 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.
Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan meninggal dunia akibat virus tersebut.
Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang di Hospital Melaka, semalam.
Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.
Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.
Wednesday, August 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)